Saturday, 5 March 2011




ISU FARAID DALAM ISLAM
MUKA HADAPAN

TAJUK:
Isu Faraid di Mahkamah Rendah Syariah,Baling.

DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU151

DISEDIAKAN OLEH:
NurFarahin Binti Azmi
No Matrik : 2010806356
Kumpulan: BMB2Ab

PROGRAM:
Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan(Kepujian) (Kewangan)
(BM222)

TARIKH BENTANG:
10 Februari 2011
TARIKH HANTAR:
27 Februari 2011

TAJUK : ISU FARAID YANG DIURUSKAN OLEH MAHKAMAH RENDAH SYARIAH,BALING.

ISI KANDUNGAN
1) Isi Kandungan.
2) Abstrak.
3) Pendahuluan.
4) Isi-isi penting ( Konsep dan huraian)
(4.1.a) Pengertian serta isu Faraid dalam islam.
(4.1.b) Pengertian pusaka.
(4.2) Rukun dan syarat harta pusaka.
(4.3) Sebab mendapat harta pusaka.
(4.4)Jenis-jenis harta .
(4.5 Cara pengambilan harta pusaka.
(4.6) Dalil berkaitan Faraid.
(4.7) Senarai ahli-ahli waris yang layak menerima pembahagian harta pusaka.
(4.8) Kesan dan tuntutan belajar ilmu Faraid.
(4.9) Prosedur-prosedur yang terlibat dalam Mahkamah Rendah Syariah dalam isu ini.
5) Penutup.
6) Bibliografi.

ABSTRAK

TAJUK : ISU FARAID YANG DIURUSKAN OLEH MAHKAMAH RENDAH SYARIAH,BALING.

          Menurut wakil dari Mahkamah Rendah Syariah kawasan Baling iaitu Cik Halimatun Binti Zakaria berumur 27 tahun yang bertugas sebagai Penolong Pendaftar, isu tertinggi di kawasan ini ialah berkenaan pembahagian harta dalam islam iaitu isu Faraid. Beliau mula berkhidmat pada 15 September 2010 yang lalu. Buat pengetahuan semua, pemohonan Sijil Faraid/Akuan Pusaka adalah dibawah seksyen 13(3)(b) seperti yang diberitahu oleh beliau.
Bedasarkan maklumat yang dikongsi bersama, pihak Mahkamah rendah Syariah bertindak dalam menyelesaikan kesulitan yang dihadapi oleh penduduk di sini.Oleh itu,pihak Mahkamah Syariah telah dipertanggungjawab dalam membantu orang ramai dalam menyelesaikan masalah ini serta menyalurkan sebanyak mungkin maklumat berkaitan isu ini.
         Buat pengetahuan semua, isu Faraid dapat diselesaikan dengan jayanya dengan bantuan pihak Mahkamah Rendah Syariah. Tujuan Mahkamah Rendah Syariah menyelesaikan isu seperti ini adalah untuk mengelakkan berlakunya ketidakpuasan hati mana-mana pihak. Ini adalah kerana Mahkamah Rendah Syariah menyelesaikan isu ini berlandaskan islam .Terdapat beberapa prosedur dalam menyelesaikan isu seperti ini. 
         Oleh itu, pihak yang terlibat haruslah mematuhi segala arahan yang telah ditetapkan oleh pihak Mahkamah Rendah Syariah supaya isu ini dapat disempurnakan dengan baik dan jayanya tanpa sebarang cacat cela.

3. PENDAHULUAN.

Umat islam haruslah bersyukur dengan adanya Mahkamah Rendah Syariah yang dapat membantu kita dalam mengetahui hal-hal berkaitan islam. Allah S.W.T telah mengurniakan ilmu yang secukupnya kepada umat-umatnya. Namun begitu, kita sebagai manusia biasa tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan kadang-kala ilmu yang diperolehi sebenarnya tidak mencukupi dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Oleh itu, dengan wujudnya Mahkamah Rendah Syariah, kita dapat menambah ilmu yang sedia ada dan dapat mengetahui sesuatu yang belum pernah klita ketahui.
Sehubungan dengan itu, dengan adanya Mahkamah Rendah Syariah ini sedikit sebanyak ia mampu menyalurkan sebanyak mungkin maklumat yang kita ingini. 
          Oleh itu, Mahkamah Rendah Syariah ditempatkan di seluruh daerah bagi memudahkan penyaluran maklumat dan sebarang pertanyaan serta masalah dapat dibincangkan dan diselesaikan dengan para wakil di Mahkamah Rendah Syariah. Dengan ini, umat islam tidak perlu khuatir jika mengalami sebarang masalah atau pertanyaan yang ingin diajukan kerana sekarang kita sudah mengetahui di mana kita boleh mendapatkan maklumat atau menyelesaikan masalah.
          Buat pengetahuan semua, Jabatan Agama Islam turut serta dalam membantu umat islam dalam penyampaian maklumat dan penyelesaian masalah. Sehubungan dengan itu, sebagai umat islam kita haruslah bersyukur dengan kurniaan Allah ini kerana tanpa keredhaannya kita tidak akan pernah dapat memperoleh keistimewaan sebagai seorang hambanya. Hal ini kerana, Allah S.W.T telah mempermudahkan umat-umatnya memperoleh sebarang ilmu mahupun bantuan agar kita tidak terpesong dari ajarannya. Akhir kata, carilah ilmu selagi kita mampu mencarinya.

4. KONSEP DAN HURAIAN

4.1.a~Pengertian Faraid.

Perkataan Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan serta ketetapan. Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya. Maka, harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu, dll) menurut hukum Islam. Selain itu,ilmu faraid atau ilmu pusaka merupakan cabang ilmu yang tidak kurang penting dalam Islam. Al-Quran al-karim sebagi pegangan asas individu Islam, menerusi beberapa ayatnya telah menjelaskan hukum-hukum waris dan keadaan setiap pewaris dengan begitu terperinci. Allah S.W.T tidak membiarkan hambaNya menguruskan sendiri harta peninggalan si mati, sebaliknya ditetapkan bahagian pusaka kerana Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana akan keadaan hambaNya.

4.1.b~Pengertian Pusaka.

         Ilmu pusaka di dalam bahasa Arab dikenali dengan nama “ilmufaraid” atau ‘ilmu mirath”. Al-mirath menurut bahasa bermaksud perpindahan sesuatu dari seseorang individu kepada seorang yang lain atau dari satu kaum kepada kaum yang lain. Perpindahan ini meliputi harta atau ilmu atau kebesaran ataupun kemuliaan. Ini dibuktikan oleh sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud “ Para ulama adalah pewaris nabi dan sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dirham mahupun dinar, tetapi mereka mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambilnya sesungguhnya dia telah mengambil bahagian yang banyak”.
        Manakala maksud faraid atau mirath dari sudut istilah ialah ilmu yang menentukan tiap-tiap hak dari pusaka. Ia merupakan satu bentuk perkiraan yang telah di tetapkan oleh syarak mengenai pembahagian harta peninggalan si mati kepada waris-waris yang layak menerimanya Sementara pusaka menurut Kamus Dewan ialah segala harta benda yang ditinggalkan oleh orang yang telah meninggal.

4.2. Rukun, Hukum dan Syarat harta pusaka.

Rukun pusaka terbahagi kepada tiga iaitu :

a). Si mati iaitu orang yang meninggalkan pusaka.
b). Waris iaitu individu yang menerima pusaka.
c). Harta iaitu harta atau barang atau nilai yang dipusakakan.

Hukum Berkenaan Faraid

Pembahagian harta pusaka menurut Islam selepas berlakunya kematian seseorang muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu terhadap harta yang ditinggalkan. hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh Allah secara khusus di bawah hukum faraid.Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya WAJID untuk ditunaikan. dan FARDU KIFAYAH kepada umat islam (Khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya.

Manakala syarat pusaka adalah seperti berikut :

a). Diyakini kematian orang yang meninggalkan pusaka dengan sebenarnya atau secara hukum.
b). Diyakini bahawa pewaris masih hidup selepas matinya si mati walaupun beberapa minit sahaja.
c.) Mengetahui tentang keadaan ahli waris yang menerima pusaka denga jelas.

4.3. Sebab mendapat harta pusaka.

Syariat Islam menetapkan tiga2 sebab yang membolehkan seseorang individu mendapat pusaka. Sebab-sebab ini adalah seperti berikut :
a). Melalui perkahwinan yang sah dan akad ini berterusan sehingga ke hari kematian suami atau isteri.Ikatan perkahwinan yang sah melayakkan isteri mewarisi harta suami sama ada telah berlaku persetubuhan atau sebaliknya.Seorang isteri yang berada dalam tempoh iddah talak rajciyy atau talak bain juga layak mewarisi harta suaminya. Begitu juga halnya dengan isteri yangditalak oleh suaminya yang sedang sakit tenat (maradh al-maut) dengan talak bain – tetapi bukan atas kehendak isteri - juga layak menerima pusaka peninggalan suaminya.
b). Melalui sebab keturunan atau kerabat. Termasuk dalam kerabat si mati ialah ususi mati iaitu bapa, datuk dan ke atas, furusi mati iaitu anak, cucu, cicit dan ke bawah dan juga furuc ususi mati iaitu adik beradik, bapa dan ibu saudara. Kerabat atau keturunan ini meliputi lelaki dan perempuan.
c). Melalui wala’ iaitu tuan kepada hamba yang telah dibebaskan apabila hamba tersebut meninggal dan dia tidak meningglkan waris, maka tuan lamanya berhak menerima harta peninggalannya.

4.4~Harta yang terlibat.

Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta). Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah:
1. Tanah
2. Bangunan (rumah).
3. Barang kemas (emas, perak dll).
4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak).
5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.

4.5~Cara pengambilan harta pusaka.

Jalan untuk melakukan pembahagian pusaka ialah dengan meneliti terlebih dahulu siapakah di antara waris yang berhak menerima pusaka dengan jalan Ashabul-Furud, kemudian dicari siapakah yang Mahjud, barulah bakinya diberikan kepada yang berhak menerima Asabah.

1. Ashabul-Furud

Golongan ini mengambil pusaka menurut bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6 atau 1/8. Mereka terdiri daripada isteri atau suami, ibu atau nenek, bapa atau datuk, anak perempuan atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara seibu.

2. Asabah
Merupakan golongan yang akan terima baki setelah semua golongan (1) mendapat bahagian golongan asabah. Terdapat 3 jenis asabah iaitu: (a) Asabah Binafsih.
(b) 
Asabah Bil Ghoir.
(c) 
Asabah Maal Ghoir.


Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang lelaki, tidak bersebab atau beserta orang lain. Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki iaitu bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki, saudara lelaki kandung, saudara lelaki sebapa, anak lelaki saudara lelaki kandung, anak lelaki saudara lelaki sebapa, bapa saudara kandung, bapa saudara sebapa, anak lelaki bapa sudara kandung dan anak lelaki bapa saudara sebapa.


Pembahagian pusaka dengan jalan menghabiskan semua harta, atau pengambilan semua baki untuk semua perempuan dengan sebab adanya orang lelaki lain. Terdiri daripada 4 orang iaitu: anak perempuan atau lelaki, cucu perempuan atau lelaki, saudara kandung perempuan atau lelaki, saudara sebapa atau lelaki perempuan.


Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang perempuan sebab beserta orang perempuan lain. Terdiri daripada 2 orang perempuan iaitu: saudara perempuan kandung dan saudara perempuan sebapa (berkongsi dengan anak atau cucu perempuan).

3. Dhawil-Arham

Golongan ini akan menggantikan golongan (1) dan (2) setelah kedua-duanya tiada kecuali suami atau isteri tidak menghalang golongan ini mengambil bahagian harta. Tetapi biasanya golongan ini akan terhalang menerima harta. Keadaan ini disebut hijab iaitu dinding yang menjadi penghalang seseorang daripada ahli waris untuk menerima pusaka kerana masih ada ahli waris yang masih dekat hubungan kekeluargaannya dengan simati. Terdapat 4 golongan Dhawil-Arham (masih ada hubungan kerabat) iaitu: golongan datuk dan nenek, golongan cucu dan cicit (anak dari cucu), golongan anak saudara dari saudara perempuan dan golongan bapa saudara atau emak saudara atau saudara lelaki atau perempuan ibu. Manakala hijab yang telah disebutkan tadi terdiri daripada 2 jenis iaitu:
Hijab Nuqshon dan Hijab Hirman.

(a) Hijab Nuqshon

Terhalang dengan mengurangi pembahagian ahli waris dari menerima pembahagian Ashabul-Furud yang lebih banyak menjadi lebih sedikit, kerana masih ada ahli waris lain yang bersama-samanya. Seperti suami dari menerima setengah menjadi seperempat kerana ada anak atau cucu.

(b) Hijab Hirman

Terhalang dengan tidak menerima pembahagian pusaka sama sekali kerana
masih terdapat ahli waris yang lebih dekat hubungannya dengan yang mati yang lebih berhak untuk menerima harta pusaka. Misalnya saudara lelaki sebapa terhalang kerana adanya saudara lelaki kandung dan datuk terhalang sebab adanya bapa.

4.6~Dalil berkaitan Faraid.

ALLAH S.W.T telah berfirman: dalam (an-Nisa : 11)
Allah mensyariatkan iaitu bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka ia memperolehi separuh harta. Dan untuk dua orang ibu bapa, bagi masing-masingnya satu perenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu mempunyai anak, jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu bapanya (sahaja), maka ibunya mendapat satu pertiga. jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, maka ibunya mendapat satu perenam. (Pembahagian-pembahagian tersebut) sesudah dipenuhi wasiat yang dia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
(an-Nisa : 11)



ALLAH S.W.T telah berfirman: dalam (an-Nisa : 176)

     Mereka meminta fatwa kepada kamu (tentang kalaalah). Katakanlah Allah memberi fatwa kepadamu tentang kalaalah (iaitu): jika seorang meninggal dunia, dan dia tidak mempunyai anak dan mempunyai saudara perempuan, maka bagi saudaranya yang perempuan itu satu perdua daripada harta yang ditinggalkannya, dan saudaranya yang lelaki, mempusakai (seluruh harta saudara perempuan), jika dia tidak mempunyai anak; tetapi jika saudara perempuan itu dua orang, maka bagi kedua-duanya dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan oleh yang meninggal. Dan jika mereka (ahli waris itu terdiri daripada) saudara lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang saudara lelaki sebanyak dua bahagian saudara perempuan. Allah menerangkan (hukum ini) kepadamu supaya kamu tidak sesat. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
(an-Nisa : 176)

ALLAH S.W.T telah berfirman: dalam (an-Nisa : 12)

     Dan bagimu (para suami) satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat satu perempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. Para isteri memperoleh satu perempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri memperolehi satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. Jika seseorang mati, baik lelaki mahupun perempuan yang tidak meninggalkan bapa dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara lelaki (seibu sahaja) atau seorang saudara perempuan (seibu sahaja), maka bagi masing-masing dari kedua-dua jenis saudara itu satu perenam harta. Tetapi jika saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, maka mereka bersekutu dalam yang satu pertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudarat (kepada ahli waris). (Allah menetapkan yang sedemikian itu sebagai) syariat yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun.
(an-Nisa :12)

4.7~ Senarai Ahli-Ahli waris yang layak menerima Harta Pusaka.

Terdapat 15 ahli waris dari pihak lelaki dan 10 ahli waris dari dari pihak perempuan yang utama dan layak menerima harta pusaka.
Waris dari pihak lelaki seperti berikut: 1
1.Anak lelaki.
2.Cucu lelaki dari anak lelaki.
3.Bapa.
4.Datuk.
5.Saudara lelaki seibu sebapa.
6.Saudara lelaki sebapa.
7.Saudara lelaki seibu.
8.Anak saudara lelaki dari seibu sebapa.
9.Anak saudara lelaki dari seibu atau sebapa.
10.Bapa saudara seibu sebapa.
11.Bapa saudara sebapa.
12.Sepupu dari bapa saudara seibu sebapa.
13.Sepupu dari bapa saudara sebapa.
14.Suami.
15.Hamba sahaya.

Jika kesemua waris lelaki di atas wujud, maka hanya tiga orang sahaja yang layak iaitu:
1. Bapa.
2. Anak lelaki.
3. Suami.

Ahli-ahli waris perempuan yang layak menerima harta pusaka iaitu:
1. Anak perempuan.
2. Cucu perempuan dari anak lelaki.
3. Ibu.
4. Nenek sebelah ibu.
5. Nenek sebelah bapa.
6. Saudara perempuan seibu sebapa.
7. Saudara perempuan seibu.
8. Saudara perempuan sebapa.
9. Isteri.
10. Petuan perempuan bagi hamba sahaya.

Jika kesemua ahli waris diatas wujud, hanya 5 orang yang layak:
1. Anak perempuan. 
2. Cucu perempuan dari anak lelaki. 
3. Ibu. 
4. Saudara perempuan seibu sebapa. 
5. Isteri.

Jika kesemua 25 waris lelaki dan perempuan masih hidup, maka keutamaan akan diberikan kepada hanya lima ahli waris berikut:
1. Bapa.
2. Ibu.
3. Anak Lelaki.
4. Anak Perempuan.
5. Suami/Isteri.

4.8~Kesan dan tuntutan belajar ilmu faraid :
Kesan jika tidak melaksanakan Faraid :sekiranya umat islam mengabaikan pembahagian harta pusaka dengan menggunakan sistem faraid ini dikhuatiri akan berlakunya :-
1. Memakan Harta Anak Yatim.
2. Memakan Harta saudara-Mara.
3. Memakan Harta Baitulmal.
Dalil yang menuntut kita mempelajari ilmu Faraid :
Sabda Rasullulah SAW:
Pelajarilah Ilmu Faraid dan Ajarkanlah kepada Manusia, kerana ia adalah separuh dari ilmu dan akan dilupakan. Ia juga adalah ilmu yang pertama yang akan di cabut dari umatku. - Hadis riwayat ibnu majah daripada Abu Hurairah.
Sabda Rasullulah SAW:
Pelajarilah Ilmu Faraid dan Ajarkanlah kepada orang lain,Sesungguhnya aku akan mati dan ilmu ini juga akan mati dan akan berlaku kacau bilau. Sehingga ada dua orang bertelingkah kerana harta pusaka, mereka tidak akan dapat menemui sesiapa yang boleh menyelesaikan masalah mereka.
- Hadis riwayat al-Hakim daripada Ibnu Mas'ud.



Maklumat tambahan :

~ Berapa lama proses yang diambil bagi menyelesaikan sesuatu kes bergantung kepada tahap lapisan kematian.

(5.0) Penutup.

·         Akhir kata, tiada perkara di dunia ini yang tidak diselesaikan dengan  sempurna. Ini kerana, terdapat pelbagai Jabatan yang sedia membantu kita dalam menyelesaikan masalah. Namun begitu, kita haruslah sentiasa beringat bahawa tanpa keredhaan yang maha esa tiada yang mungkin. Oleh itu, kita sebagai umat islam perlu berlandaskan landasan yang betul yang telah diamanahkan oleh Allah S.W.T.

(6.0) Bibiliografi.

                                     i.        Mahkamah Rendah Syariah, Baling.
                                   ii.        http://guabama.wordpress.com/category/ilmu-faraid/page/2/
                                 iii.        http://jksp.pahang.gov.my/index.php/sistem-pengiraan-faraid-mainmenu-40
                                 iv.        Al-Quran.
                                   v.        Ustaz Abd Aziz Bin Harjin.
                                 vi.        Buku-buku rujukan islam.